Tuesday, October 19, 2010

Tabiat Merokok

Tabiat merokok dikalangan rakyat Malaysia semakin bertambah. Statistik yang dijalankan di Malaysia mendapati bahawa jenerasi muda terlalu ramai menghisap rokok. Pelbagai langkah telah dibuat oleh kerajaan Malaysia untuk mengurangkan dan mencegah tabiat ini iaitu dengan menaikkan harga rokok, iklan amaran kesan merokok, meletakkan pelbagai penyakit yang kronik dikotak-kotak rokok dan sebagainya, namun semua ini tidak ada kesan yang mendalam untuk berhenti meroko dikalangan rakyat Malaysia. Oleh itu apakah langkah-langkah pencegahan yang mendatangkan kesan mendalam dalam jiwa anak-anak muda dan dikalangan rakyat Malaysia?

1 comment:

  1. Ya betul tu. Yang paling menyedihkan kita apabila gambar-gambar ingatan dicetak di kotak rokok dipersendakan pula oleh orang tertentu. Saya fikir beberapa langkah perlu diambil. Ibu bapa haruslah menjadi role model. Usah merokok di depan anak-anak. Kedua, kerajaan haruslah memgharamkan penjualan rokok demi kepentingan kesihatan yang akhirnya menyebabkan penyakit dan kos rawatan yang mahal. Pendapatan negara boleh dicari daripada sumber lain bukan tembakau semata-mata. Remaja yang merokok harus diberikan hukuman yang lebih berat. Jika tidak mereka tidak takut. Bagaimana setujukah teman-teman?

    ReplyDelete